Aku melihat si kecil Gaza
Riang ria tanpa sengsara
Penuh ketabahan melalui kehidupan
Penuh redha menghadapi cabaran
Walau diuji dugaan bertimpa
Walau dikurung penjara dunia
Dia tetap bangkit dengan keberanian
Demi menyahut semboyan perjuangan
Si kecil itu berlari gagah
Tidak seinci bisa tergugah
Walau pernah ditimpa musibah
Tetap mara dengan tabah
Dia tidak punya ayah
Sedari kecil berdikari sendiri
Tetapi dia tersenyum megah
Katanya abi di Jannah Firdausi
Mereka itu jiwanya mandiri
Allah S.W.T, Syahid dan syurgawi
Saban kali kalimah itu dihadami
Menjadi motivasi penguat diri
Mereka berjuang demi pembebasan
Mereka berkorban demi pembelaan
Bukan dunia mereka idamkan
Panggilan jihad, syahid mereka nantikan
Malu kita kepada mereka
Kita diasak sedikit cuma
Terus futur rebah ke dunia
Mahu bangkit tiada daya
Belajarlah daripada mereka
Yang punya jiwa membara
Kerana Allah motivasi utama
Tiada gentar mahupun kecewa
-Gaza itu, dipenuhi dengan para perwira dan para syuhada-
NURUL AIN MOHD LOTPHI
Usuluddin Hadis, Azhar, Mansoura
Sukarelawan Misi A2G* Aqsa Syarif
No comments :
Post a Comment