8.6.13

c.i.n.t.a

Aku melihat Naufal menangis. Aku pelik. Lalu aku dampingi Naufal.

"Assalamualaikum, Naufal! Apahal muka sedih je ni? Cuba cerita, Naufal ada problem ke?"

"Waalaikumussalam. Oh, Amar. Ingatkan siapa tadi. Hehehe. Eh, mana ada problem pape pon. Hahaha. Saja, terasa sentimental pulak hari ini."

Aku melabuhkan punggungku di bangku bertentangan Naufal. Suara Naufal mula bernada romantik.

"Aku rasa I've fallen in Love la, Amar~ Huhuhu." Wajah Naufal berseri-seri. Hingusnya meleleh hasil tangisannya tadi. Pengotor betul.

"Ehh? Jatuh cinta? Tapi aku dah ada tunanglah. Lagipun... Laki ngan laki mana boleh, kan...?" Aku semakin cuak. Berpeluh-peluh aku cuba menolak bayangan negatif aku itu.

"Erk.. Bukan dengan kau lah, munyit.." Nah, habis si Naufal me-munyitkan aku gara-gara penjelasan tadi. "..tapi bukan cinta maksiat tau! Errr... camne nak explain ehh? Err..." Naufal tidak keruan dan cuba memberitahuku hal sebenar.

"Dah tu, cinta apa pulak?" Aku bernada serius.

"Aku start sayang kat dia ni lama dah. Tapi aku simpan je dalam hati. Yelah, takut tak berbalas~ Hehehe. Tapi kau tau? Harini aku dapat tahu yang dia pun sayang and rindu pada aku jugak!! Huhuhu." Riak wajah Naufal berubah dengan mendadak sekali. Kemerah-merahan pipinya.

"Iye? Kau tahu dari mana?!" Aku menjadi watak antagonis, cuba meragukan perasaan Naufal.

"Dalam ni dia ada cakap!!" Kata Naufal, yakin seyakin-yakinnya.

"Surat? Orang pakai surat lagi ke?" Aku tersenyum sinis. Ketawa kecil.

"Meh la baca~ Best wooo~ Baca la! Hee..." Naufal semakin cuba meyakinkan aku.

"Err, tak nak ahh. Bukan surat aku" Aku menolak tawaran itu mentah-mentah. Namun, aku goyah. Dipaksa bertubi-tubi, tanpa putus, akhirnya aku bersetuju untuk membaca surat dari si dia.


Riyak wajah aku berubah 120% selepas membaca surat itu. Pengenalannya pun sudah cukup membuatkan aku makin galak untuk meneruskan bacaanku. Dan aku ingin berkongsi isi kandungan surat itu bersama;


Suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bertanya :
Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat, ya Rasulullah."
Sahabat yang lain :
"Tentulah para Nabi, merekalah yang paling mulia."
Nabi tersenyum lalu berkata "
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia."
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu, ya Rasulullah?"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. Tetapi bukan kalian yang aku maksudkan."
Nabi menundukkan wajahnya. Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku. Mereka terlalu mencintai Allah dan tahukan kalian, mereka tidak pernah melihatku, tidak dekat denganku seperti kalian namun, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa aku sangat rindu pada mereka. Merekalah umatku! Umatku! Umatku!"


Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.


MOHAMAD YUSRI BIN SHAMSUDDIN
Universiti Perubatan Volgograd, Rusia.

No comments :

Post a Comment