12.6.13

7 Ciri Penghuni Syurga Firdausi

Anda tergoda dengan ganjaran syurga Firdaus?

Mahu menjadi penghuninya tetapi tidak tahu bagaimana?



Ini jawapannya!



1) BERIMAN
[Al-Mukminum : 1]


Tanpa keimanan, semua amal kita akan menjadi sia-sia. Kerana itu, keimanan itu, atau dalam erti kata lain, kepercayaan yang sungguh mendalam kepada Allah itu merupakan perkara pertama yang perlu diterapkan dalam jiwa.

2) FOKUS & BERSUNGGUH-SUNGGUH


[Al-Mukminun : 2]

Ambil inisiatif untuk memahami apa yang kita bacakan dalam solat. Fokus dan concentrate ketika solat. Ia adalah waktu untuk Allah sahaja. Jadi mengapa lebih suka berfikir tentang benda lain ketika solat? Astaghfirullah.

3) UTAMAKAN YANG UTAMA!

[Al-Mukminun : 3]

Isilah masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Seorang mukmin tidak akan membiarkan sedetik pun masa berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan berguna.

4) TIDAK SELFISH

[Al-Mukminum : 4]

Kita tidak boleh, pada bila-bila masa, bersikap mementingkan diri sendiri dan mengabaikan kesusahan orang lain di sekeliling kita. Pada harta kita itu, ada hak orang lain yang harus diberikan. Jangan sekali diabaikan.

5) 'MAHAL'KAN DIRI

[Al-Mukminun : 5-7]

Maruah diri seorang mukmin itu sangat tinggi nilainya. Seharusnya, dia perlu berusaha untuk menjauhkan dirinya daripada mendekati lembah kemaksiatan. Keranai itu, jagalah batas-batas pergaulan dengan orang berlainan jantina.

6) JUJUR DAN AMANAH

[Al-Mukminun : 8]

Apabila diberi kepercayaan untuk memikul sesuatu tanggungjawab, laksanakanlah ia dengan baik. Dan apabila berjanji, tepatilah. Janganlah menjadi seperti orang munafiq; yang tatkala berjanji dia dustai, dan tatkala dipercayai, dia khianati.

7) DISIPLIN

[Al-Mukminun : 9]

Disiplinlah dalam menepati masa dan menjaga kualiti serta produktiviti harian kita. Rancanglah jadual harian kita mengikut jadual ibadah kita. Bila mana kita mampu untuk memelihara hubungan kita dengan Allah, ketika itulah kualiti hidup kita akan menjadi lebih baik. Insya-Allah.



No comments :

Post a Comment